Thursday, September 2, 2010

0095:MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..

.BISMILLAHIROHMANIROHHIM.
PIC I.

Sekali lagi sambutan Hari Merdeka 2010 jatuh dalam bulan Ramadan sama seperti tahun lepas.Tema Hari Kemerdekaan 2010 Kali ke 53 ini adalah 1Malaysia Menjana Transformasi.Sambutan kemerdekaaan tahun 2010 ini juga disambut secara sederhana kerana menghormati bulan Ramadhan.sudah dua tahun aku tidak melihat percikan bunga api di kompleks sukan UUM. Apa2 pun aku bersyukur kerana negara kita bebas dari penjajah. Macam mana la nenek & atuk aku hidup pada zaman Penjajahan Jepun dulu..???Kini semuanya menjadi kenangan dan sejarah. Aku berharap agar negara kita akan terus bebas dari penjajah dan xmau sejarah yang lepas akan berulang.

MERDEKA!!!MERDEKA!!MERDEKA!!

PIC II

LOGO KEMERDEKAAN SATU MALAYSIA..

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.