Saturday, July 31, 2010

0077: HARI PAHLAWAN DAN BULAN KEMERDEKAAN(SABTU31JULY2010)

MY NEW IMAGGE.
PIC I PIC II.

PIC III.



PIC IV.



PIC V.


SUN &KHAIRIL.
Majlis Sambutan Hari Pahlawan dan Pelancaran Bulan Patriotisme Meriah
2 OGOS 2010 / 21 SYAABAN 1431H
==============================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Majlis Sambutan Hari Pahlawan dan Pelancaran Bulan Patriotisme Meriah

Oleh: Syairah Sa'adun

UUM ONLINE: Persembahan puisi, nyanyian dan pantomin mengenai pengorbanan perajurit tanah air negara memeriahkan Majlis Sambutan Hari Pahlawan dan Pelancaran Bulan Patriotisme yang berlangsung di Dewan Mu'adzam Shah Universiti Utara Malaysia (UUM), kelmarin.

Persembahan nyanyian solo oleh Sukina Md Arif dengan lagu Perwira membuka tirai persembahan diikuti 'Bahtera Merdeka' dan deklamasi puisi patriotik 'Kitalah Tuan' hasil karya pelajar Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa, Meor Mohamad berjaya mencuri tumpuan ramai.

Manakala, Pantomin 'Di Mana Bumi Di Pijak' yang diarahkan oleh Siti Salwani Saari, staf Pusat Budaya dan Seni mengisahkan zaman penjajahan Jepun, Pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan zaman selepas merdeka turut dipersembahkan.

Kehangatan diteruskan dengan tayangan filem pendek Bukit Kepong bagi menghayati pengorbanan dan jasa perajurit negara.

Sementara itu, beberapa pelajar yang ditemui selepas majlis melahirkan rasa terharu dan penuh keinsafan selain berbangga dengan pengorbanan anggota perajurit tanah air selepas menyaksikan persembahan yang ditayangkan.

Pelajar Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa, Joz Rizal Mohd Arifin berkata, majlis pengisian sambutan bulan patriotisme yang diadakan ini meninggalkan kesan mendalam kerana memberi kesedaran kepada generasi muda mengenai pahit-getir pejuang dalam menuntut kemerdekaan.

"Melalui persembahan yang dipentaskan itu menyedarkan kami bertapa susahnya mereka berusaha dengan mempertaruhkan nyawa demi mewujudkan keamanan dan keharmonian negara," ujarnya.

Manakala, pelajar Pentadbiran Perniagaan, Chin Nyuk Chen berkata, rakyat Malaysia amat bertuah kerana dapat hidup dalam suasana aman damai walaupun dihuni pelbagai bangsa dan agama.

"Kita bertuah kerana bebas mencari rezeki dan melaksanakan tugas harian tanpa perasaan takut dan was-was, menyambut musim perayaan secara bersama tanpa mengira kaum dan semua ini adalah hasil pengorbanan pejuang," jelasnya.

Dalam pada itu, pelajar jurusan Sarjana Muda Ekonomi, Soleha Ibrahim berkata, generasi kini seharusnya berterima kasih kepada pahlawan-pahlawan negara yang bertarung dengan pihak komunis untuk menjaga keamanan negara.

"Peristiwa Bukit Kepong contohnya menunjukkan jasa pahlawan negara perlu diberi pengikitirafan sewajarnya kerana sanggup mengadaikan nyawa untuk negara.

"Tanpa pengorbanan mereka, pastinya keamanan yang kita kecapi hari ini tidak akan bertahan dan pastinya negara dalam kucar-kacir," katanya…

No comments: